Friday, January 28, 2011

ASAS SENI REKA


ASAS SENI REKA

UNSUR SENI

  Unsur seni terdiri daripada garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang dan warna.Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.




  selain itu,unsur seni juga terdiri daripada rupa.Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula.
Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar.Rupa pula terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan rupa organikr. Rupa geometri merupakan ripa yang bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
Rupa organic pula merupakan rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.Rupa juga boleh diolah kepada dua bentuk iaitu rupa positif dan rupa negatif.
Rupa positif  merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan.Rupa negatif pula merujuk kepada ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.


      
Bentuk juga merupakan unsur seni.Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar).bentuk ilusi ialah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catatan.
 


  Seterusnya ialah jalinan.Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.Jalinan pula terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catatan teknik impasto.Jalinan tampak pula merujuk kepada jailinan
 yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.






    selain itu,unsur seni juga terdiri daripada ruang.Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.Ruang juga blh dibahagikan kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak.Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Ruang tampak pula ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catatann dan cetakan (bukan sebenar).




     Warna merupakan unsur seni yang boleh dikatakn penting juga.Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna penggenap dan warna sewarna.Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang).Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan. Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).Warna juga 2 suhu warna iaitu  warna panas dan warna sejuk.Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb).Warna sejukpula ialah  warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.




elemen dan prinsip rekaan


 Prinsip rekaan

  Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu

Salah satu  prinsip rekaan  ialah  harmoni. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud  aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna dan tidak akan wujud jika ada unsure unsur bercanggah.

  Selain itu,prinsip rekaan juga terdiri daripada kontra.Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
 Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.



Seterusnya ialah  penegasan,prinsip ini wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.Prinsip penegasan berfungsi untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.Prinsip penegasan  dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.Contoh prinsip penegasan anda dapat lihat pada rajah yang diberikan.
.
Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan bermaksud  kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.imbangan boleh dibahagikan  kepada dua iaitu Imbangan simetri dan imbangan  tidak simetri. Imbangan simetri ialah  unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).
Imbangan tidak simetri  ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.Contoh prisip rekaan imbangan dapat dirujuk dibawah.

   Irama dan Pergerakan juga merupakan prinsip rekaan. irama dan pergerakan berfungsi  untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb.ia dapat dijelaskan dengan gambar rajah dibawah.



  Selain itu,prinsip rekaan juga merupakan unsur kepelbagaian. Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.






Seterusnya ialah kesatuan.Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.