Friday, January 28, 2011

elemen dan prinsip rekaan


 Prinsip rekaan

  Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu

Salah satu  prinsip rekaan  ialah  harmoni. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud  aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna dan tidak akan wujud jika ada unsure unsur bercanggah.

  Selain itu,prinsip rekaan juga terdiri daripada kontra.Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
 Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.



Seterusnya ialah  penegasan,prinsip ini wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.Prinsip penegasan berfungsi untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.Prinsip penegasan  dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.Contoh prinsip penegasan anda dapat lihat pada rajah yang diberikan.
.
Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan bermaksud  kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.imbangan boleh dibahagikan  kepada dua iaitu Imbangan simetri dan imbangan  tidak simetri. Imbangan simetri ialah  unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).
Imbangan tidak simetri  ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.Contoh prisip rekaan imbangan dapat dirujuk dibawah.

   Irama dan Pergerakan juga merupakan prinsip rekaan. irama dan pergerakan berfungsi  untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb.ia dapat dijelaskan dengan gambar rajah dibawah.



  Selain itu,prinsip rekaan juga merupakan unsur kepelbagaian. Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.






Seterusnya ialah kesatuan.Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.






5 comments:

  1. Gunalah sebaik baiknya ilmu yang yang dikarang ini.ia dapat membantu anda dan saya dalam menjadi pelajar ipta dan ipts yang berjaya dalam bidang reka bentuk(animasi).semoga kita semua dapat menyumbang tenaga,ilmu,idea dsb kepada kemajuan negara..semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. reka bentuk animasi...animasi.....animasi........
      hi geng! :3

      Delete
  2. mohon utk share sbgai rujukan...
    semoga ilmu anda n saya akan sering bertambah melalui perkongsian ilmu ini...
    terima kasih burung kedidi...

    ReplyDelete